WOODTECH sebenarnya adalah singkatan bagi Diploma In Wood Technology. Tapi sekarang diploma ni dah diubah kepada Diploma In Wood Industry. Sebenarnya diploma ni da ditubuhkan sejak 1970-an tapi x ramai yang tahu pasal diploma ni. So, ak igt nk share r sikit sebanyak pasal kos ni. Bagi student aliran sains peringkat SPM yg nak teruskan pengajian sains yang lebih menarik dan menguntungkan diperingkat universiti, cepat2 lah isi permohonan dalam sistem MOE. Kalau boleh pilih lar Diploma In Wood Industry ni sebagai pilihan pertama.
Sebenarnya banyak tanggapan yg negatif pasal diploma ni. so, ak just nk perbetulkan tanggapan orang lain sal "kos" ni. Tanggapan pertama yang pernah aku sendiri dengar ialah kos ni x menjamin masa depan yang cerah. Memang sakit hati lepas dengar ayat tu. Secara logiknya, tuduhan tu langsung x berasas. Apa buktinya?haha. Okay cuba kita fikir balik kalau la diploma yang x menjamin masa depan, buat ape kementerian pelajaran nak sediakan pengajian ni kat universiti..?kan..?
Ada jugak masyarakat yg beranggapan bahawa course ni x ley jamin kerjaya, kalau ada pun amat sempit bidang kerjayanya. Betul ke? Sebenarnya yang beranggapan macam tu x pernah pun belajar dalam diploma ni. Untuk pengetahuan semua, bidang ni adalah dibawah fakulti "Applied Science" atau sains gunaan. Dengan kata lain, sijil diploma untuk perkayuan adalah sangat tinggi nilainya dan setaraf dengan diploma sains. Peluang untuk sambung pengajian ke tahap degree dan master juga disediakan. Bagi sesetengah pelajar, diploma ini juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk sambung tahap pengajian di peringkat degree dan master. Contohnya selepas graduate dalam diploma perkayuan, kita boleh sambung degree dalam "kos" yang lain seperti engineering, Internal Designing(ID), perakaunan dan macam2 lagi. Betul ke?haha. Seperti yang telah dinyatakan, diploma perkayuan adalah dibawah Fakulti Sains Gunaan dan dengan kelayakan diploma ini, kita boleh je nak tukar option ke mana2 yang kita mahu untuk peringkat degree.
So, macam mane? Ada lagi ke yang nak kata diploma ni x bagus..? Fikir2 kan lah ye..hehe
Erm..untuk pengetahuan semua, antara bidang yang boleh kita apply selain dari "pekerja kilang kayu" adalah :
Officer di jabatan FRIM, MTIB, dan FORIM, Pengajar di semua level (bidang sains : Fizik,Biologi dan Kimia), SuperVisor Factory (jz diploma), Pengusaha Kilang Perabot, Profesor (pemegang PhD), dan bermacam lagi lah.Tu je la kot untuk pengenalan diploma ni, nak tau banyak lagi nantikan post yang seterusnya. Peace!!
No comments:
Post a Comment